MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, apakah syarat-syarat pakaian ihram bagi wanita yang lengkap?

Pakaian ihram wajib menepati syarat-syaratnya. Bagi jemaah wanita adalah menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stoking panjang yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu.

Had muka wanita ketika tawaf dan solat adalah seperti berikut:

  • Batasan lebar muka bagi seseorang wanita bermula dari anak telinga kiri hingga anak telinga kanan.
  • Batasan memanjang muka ialah dari gigi rambut hingga ke bawah dagu (termasuk tulang rahang).

Tidak mengapa jika tertutup sedikit bahagian muka kerana menutup kepala dalam ihram.