skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740

Greece

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading...

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Caj peribadi di dalam kapal pelayaran / feri.
  • Insurans perjalanan peribadi.
HARGA BERMULA DARIRM10299PER PAX
OKT 2019

10D7N SURPRISING GREECE TOUR

ATHENS – MYKONOS – SANTORINI – HERAKLION

Hari 1: KUALA LUMPUR (MOB)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Istanbul.  Menaiki penerbangan ke Athens. Transit di Istanbul.

Hari 2: KUALA LUMPUR – ISTANBUL – ATHENS (MT)

Meneruskan penerbangan ke Athens. Tiba di Athens. Makan Tengahari. Berpeluang untuk membeli-belah di McArthurGlen Athens. Lawatan ringkas di sekitar bandar Athens untuk melawat Panathinaiko Stadium. Melalui Roman Temple of Olympian Zeus, National Garden, Hadrian’s Arc, St. Paul’s Church, Schliemann’s House (Numismatic Museum), Catholic Cathedral, National Library, Old Parliament, Constituition Square, Parliament House, Tomb of the Unknown Soldier dan Russian Orthodox Church. Daftar masuk hotel. Bermalam di Athens.

Hari 3: ATHENS – MYKONOS (SP, MT)

Sarapan pagi, daftar keluar hotel. Dihantar ke port pelabuhan untuk menaiki feri ke Mykonos. Tiba di Mykonos, lawatan ringkas sekitar Mykonos, dibawa melawat Ornos, sebuah perkampungan nelayan yang menawarkan pemandangan yang sangat indah. Seterusnya melawat Traditional Village of Ano Mera dan Monastery of Panagia Tourliani, melawat Mykonos Folklore Museum. Makan Tengahari. Sambung perjalanan ke ‘Little Venice of Mykonos’ iaitu Alefkandra, yang terletak di Chora dan bergambar di kincir angin yang terkenal. Daftar masuk hotel dan bermalam di Mykonos.

Hari 4: MYKONOS (SP, MT)

Aktiviti bebas sepanjang hari di Mykonos. Pilihan lawatan tambahan seperti lawatan separuh hari ke Delos Island (harga bergantung kepada jumlah peserta). Makan Tengahari disediakan dan bermalam di Mykonos.

Hari 5: MYKONOS – SANTORINI (SP, MT)

Sarapan, daftar keluar hotel, dihantar ke pelabuhan untuk menaiki feri ke Santorini. Tiba di Santorini terus makan tengahari dan membuat aktiviti bebas. Membuat pilihan lawatan tambahan seperti lawatan berjalan kaki di Kota Fira dan Firostefani.  Menaiki kereta kabel di pulau Santorini. Daftar masuk hotel dan melakukan aktiviti bebas. Bermalam di Santorini.

Hari 6: SANTORINI (SP, MT)

Sarapan, memulakan lawatan penuh pulau Santorini dengan melawat Pyrgos Village dan Pyrgos Castle. Melawat Kasteli Village dan kawasan tertinggi di Santorini. Berhenti bergambar di Megalochori sebelum melawat Red Beach, Black Sandy Beach of Perivolos & Kamari. Makan Tengahari. Seterusnya melawat Oia, perkampungan yang terkenal dengan bangunan putih dan biru dengan pemandangan matahari terbenam yang menawan. Dihantar ke hotel dan bermalam di Santorini.

Hari 7: SANTORINI – HERAKLION (SP, MM)

Sarapan pagi dan membuat aktiviti bebas. Pilihan lawatan tambahan seperti menaiki Bot ke kawasan gunung berapi, Hot Springs & Pulau Thirasia. Dihantar ke pelabuhan untuk menaiki feri ke Heraklion. Tiba di Heraklion terus makan malam. Daftar masuk hotel dan bermalam di Heraklion.

Hari 8: HERAKLION (SP, MT)

Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan memulakan lawatan separuh hari di Heraklion. Melawat Tapak Arkeologi Knossos & Archeological Museum of Heraklion. Makan Tengahari, bergambar di Venetian Fortress di Old Town Heraklion. Melakukan aktiviti bebas seperti membeli-belah di Lion Square & 1866 Street. Dihantar ke pelabuhan untuk menaiki cruise ke Athens. Bermalam di atas cruise (bilik berdasarkan kabin berdua).

Hari 9: ATHENS – ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP, MT)

Tiba di Athens. Sarapan pagi. Melawat Acropolis dan Acropolis Museum. Berpeluang membeli-belah di Monastiraki Area. Makan Tengahari. Dihantar ke lapangan terbang Athens untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur. Transit di Istanbul.

Hari 10: ISTANBUL – KUALA LUMPUR (MOB)

Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di Kuala Lumpur.

  • Harga boleh berubah disebabkan bayaran tambahan dan lain-lain perubahan yang berkaitan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Caj tambahan akan dikenakan pada waktu tertentu (hujung minggu yang panjang, musim cuti sekolah, hari perayaan).
  • Susunan jadual perjalanan, makanan dan susunan hotel adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Tiada tempahan yang dibuat pada peringkat ini. Tempahan awal diperlukan dan pengesahan tertakluk kepada ketersediaan.
  • Sila semak pakej dengan staf kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penempahan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 03-7831 3740 atau emel kepada letscuti@mkm.my


Jika anda berminat dengan pakej yang disediakan, sila hantar dokumen yang diperlukan seperti berikut;

  1. Deposit 50% dari jumlah inbois diperlukan semasa membuat tempahan.
  2. Sila lampirkan atau emel slip pembayaran selepas membuat pembayaran.
  3. Salinan pasport dan Salinan kad pengenalan (warganegara sahaja) semasa membuat tempahan.
  4. Butiran alamat dan nombor telefon (mudah alih dan pejabat) / alamat emel.
  5. Baki pembayaran hendaklah diselesaikan 60 hari sebelum berlepas.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARIRM10299PER PAX
OKT 2019

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top