fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740

Hokkaido

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading...

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Insurans perjalanan peribadi.
  • Lawatan sekitar Nomoribetsu:
    • Minimum 10 pax – 19,000 Yen (Dewasa) / 16,000 Yen (Kanak-kanak)
    • Minimum 15 pax – 15,000 Yen (Dewasa) / 12,000 Yen (Kanak-kanak)
    • Minimum 20 pax – 13,000 Yen (Dewasa) / 10,000 Yen (Kanak-kanak)
HARGA BERMULA DARIRM8499PER PAX
JUL 2019

6D4N WONDERFUL HOKKAIDO TOUR

Hari 1: KUALA LUMPUR – CHITOSE
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Chitose.

Hari 2: CHITOSE – SAPPORO – ASAHIKAWA (MT, MM)
Selamat tiba di Chitose. Melawat Sapporo,  ibu kota Hokkaido dan bandar kelima terbesar di Jepun: Odori Park, Tanukikoji dan Sapporo Jr Station. Susukino: sebuah kawasan hiburan terbesar di Utara Tokyo. Sapporo Clock Tower: menara yang dibina pada tahun 1878 dan dijadikan sebagai dewan latihan ketenteraan untuk Kolej. Pertanian Sapporo (kini Universiti Hokkaido). Makan tengah hari. Bertolak ke Asahikawa. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam di Asahikawa.

Hari 3: ASAHIKAWA – SAPPORO (SP, MT, MM)
Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Berkunjung ke Blue Pond dan Shirahige Waterfall. Lawatan ke Shikisai-no-oka untuk melihat pemandangan bunga yang luas dan cantik. Makan tengah hari. Meneruskan lawatan ke Farm Tomita iaitu ladang bunga Lavender yang luas dan menjual aiskrim, makanan dan minuman yang berasaskan Lavender. Bergerak ke Sapporo. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam di Sapporo.

Hari 4: SAPPORO – OTARU – SAPPORO (SP, MT, MM)
Sarapan pagi. Berkunjung ke Sapporo Jyogai Fish Market. Membeli-belah di Mitsui Outlet Park: pusat membeli belah barangan berjenama yang terbesar di Hokkaido. Bertolak ke Otaru. Bersiar-siar di sepanjang Otaru Canal yang dibina pada tahun 1920an yang berfungsi sebagai jalan perhubungan diantara gudang-gudang dan pelabuhan Otaru. Makan tengah hari. Menziarahi masjid Otaru. Melawat Glass Shop dan Music Box Shop. Kembali ke Sapporo. Makan malam dan bermalam di Sapporo.

Hari 5: SAPPORO (SP)
Sarapan pagi. Aktiviti Bebas. Lawatan tambahan: Lawatan sekitar Nomoribetsu, Hell Valley, Samurai Village dan Bear Park. Bermalam di Sapporo.

Hari 6: SAPPORO – CHITOSE – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Dihantar ke lapangan terbang New Chitose Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di Kuala Lumpur.

  • Harga boleh berubah disebabkan bayaran tambahan dan lain-lain perubahan yang berkaitan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Caj tambahan akan dikenakan pada waktu tertentu (hujung minggu yang panjang, musim cuti sekolah, hari perayaan).
  • Susunan jadual perjalanan, makanan dan susunan hotel adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Tiada tempahan yang dibuat pada peringkat ini. Tempahan awal diperlukan dan pengesahan tertakluk kepada ketersediaan.
  • Sila semak pakej dengan staf kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penempahan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 03-7831 3740 atau emel kepada letscuti@mkm.my


Jika anda berminat dengan pakej yang disediakan, sila hantar dokumen yang diperlukan seperti berikut;

  1. Deposit 50% dari jumlah inbois diperlukan semasa membuat tempahan.
  2. Sila lampirkan atau emel slip pembayaran selepas membuat pembayaran.
  3. Salinan pasport dan Salinan kad pengenalan (warganegara sahaja) semasa membuat tempahan.
  4. Butiran alamat dan nombor telefon (mudah alih dan pejabat) / alamat emel.
  5. Baki pembayaran hendaklah diselesaikan 60 hari sebelum berlepas.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARIRM8499PER PAX
JUL 2019

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top