fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740

Itali

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Insurans perjalanan peribadi.
HARGA BERMULA DARIRM9999PER PAX
OKT-DIS 2019

Hari 1: KUALA LUMPUR
Berkumpul di KLIA.

Hari 2: KUALA LUMPUR – ISTANBUL – ROME (MM)
Menaiki penerbangan ke Rome. Transit di Istanbul dan meneruskan penerbangan ke Rome. Tiba di Rome dan membeli-belah di McArthur Glen Outlet Centre di Castle Romano. Makan Malam. Daftar masuk hotel dan bermalam di Rome.

Hari 3: ROME (SP, MT)
Sarapan pagi. Melawat di sekitar bandar Rome bagi melihat keunikan Roman Forum, The Colosseum, Piazza di Spagna dan Trevi Fountain. Makan tengahari. Melawat Vatican City seperti Vatican Museum, Sistine Chapel dan St. Peter’s Basilica. Ziarah ke Rome Grand Mosque dan kembali ke hotel untuk bermalam.

Hari 4: ROME – FLORENCE – PRATO (SP)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel. Bertolak ke Florence. Setiba di Florence, para pelancong boleh membeli-belah barangan kulit yang terkenal di Piero Tucci Leather Factory Outlet. Melihat Duomo Santa Maria del Fiore, Piazzale Michelangelo dan Ponte Vecchio. Menuju ke Prato untuk daftar masuk hotel dan bermalam di Prato.

Hari 5: PRATO – PISA – VENICE (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Pisa untuk menyaksikan Tower of Pisa yang merupakan salah satu monumen yang menjadi mercu tanda Pisa yang wajib dikunjungi. Membeli-belah di Barberino Designer Outlet. Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Venice. Tiba di Venice, daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 6: VENICE (SP, MT)
Sarapan pagi. Menaiki bot dari Tronchetto ke Piazza San Marco (Venice Island). Melawat sekitar Piazza San Marco untuk melihat Bridge of Sighs, Bell Tower, Doges Rialto Bridge, San Marco Basilica dan Doges Palace. Makan tengahari. Melawat Glass Factory dan melakukan aktiviti bebas di sekitar Venice Island. Pilihan lawatan tambahan seperti menaiki Gondola menyusuri Sungai Venice. Seterusnya menaiki bot dari Piazza San Marco ke Tronchetto. Kembali semula ke hotel dan bermalam di Venice.

Hari 7: VENICE – VERONA – MILAN (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Verona dan setiba di Verona, para pelancong dapat melihat Juliet’s House & Balcony yang mana merupakan lokasi romantik dalam babak novel “Romeo & Juliet”. Seterusnya, perjalanan dapat diteruskan ke Milan untuk melawat Milano Mosque iaitu salah sebuah masjid tempatan. Selepas itu, para pelancong boleh daftar masuk hotel dan bermalam di Milan.

Hari 8: MILAN – SERRAVALLE – GENOA (SP, MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bersiar-siar di sekitar Bandar Milan bagi melihat Duomo Cathedral dan Teatro Alla Scala. Membeli-belah di Galleria Vittorio Emanuelle. Makan tengahari. Seterusnya, membeli-belah di McArthur Glen Outlet di Serravalle. Daftar masuk hotel dan bermalam di Genoa.

Hari 9: GENOA – MONTE CARLO – NICE (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Menuju ke Monte Carlo iaitu bandar yang menjadi simbol kekayaan dan kemewahan. Melihat The Cathedral yang menempatkan makam para permaisuri. Lawatan ke The Exotic Gardens & The Grotte De L’ Observatoire (Jardin Exotique) iaitu sebuah taman eksotik yang memperlihatkan pemandangan indah di sekitar bandar Mont’e Carlo. Selepas itu,  Meneruskan perjalanan ke Nice dan setiba di Nice, para pelancong boleh mendaftar masuk hotel.

Hari 10: NICE – EZE – CANNES – NICE (SP)
Sarapan pagi. meneruskan lawatan ke  Fragonard Perfumery di Eze yang terkenal dengan pengeluaran pelbagai haruman minyak wangi. Melawat Promenade des Anglai. Selepas itu, para pelancong bertolak ke Cannes bagi menikmati keindahan pantai di Boulevard de la Croisette yang terkenal dengan Palais des Festivals et des Congres yang mana Festival Filem Cannes diadakan. Selepas itu, melawat Notre Dame D’esperance dan bergambar di Musee de la Castre. Bertolak kembali ke Nice dan bermalam di Nice.

Hari 11: NICE – ISTANBUL (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Dihantar ke lapangan terbang. Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur Transit di Istanbul.

Hari 12: ISTANBUL – KUALA LUMPUR
Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di Kuala Lumpur.

  • Harga boleh berubah disebabkan bayaran tambahan dan lain-lain perubahan yang berkaitan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Caj tambahan akan dikenakan pada waktu tertentu (hujung minggu yang panjang, musim cuti sekolah, hari perayaan).
  • Susunan jadual perjalanan, makanan dan susunan hotel adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Tiada tempahan yang dibuat pada peringkat ini. Tempahan awal diperlukan dan pengesahan tertakluk kepada ketersediaan.
  • Sila semak pakej dengan staf kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penempahan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 03-7831 3740 atau emel kepada letscuti@mkm.my


Jika anda berminat dengan pakej yang disediakan, sila hantar dokumen yang diperlukan seperti berikut;

  1. Deposit 50% dari jumlah inbois diperlukan semasa membuat tempahan.
  2. Sila lampirkan atau emel slip pembayaran selepas membuat pembayaran.
  3. Salinan pasport dan Salinan kad pengenalan (warganegara sahaja) semasa membuat tempahan.
  4. Butiran alamat dan nombor telefon (mudah alih dan pejabat) / alamat emel.
  5. Baki pembayaran hendaklah diselesaikan 60 hari sebelum berlepas.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARIRM9999PER PAX
OKT-DIS 2019

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top