fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740

Morocco

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading...

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Insurans perjalanan peribadi.
HARGA BERMULA DARIRM9699PER PAX
APR-DIS 2019

Hari 1: KUALA LUMPUR
Berkumpul di KLIA.

Hari 2: KUALA LUMPUR – ISTANBUl – CASABLANCA – MARRAKECH (MM)
Menaiki penerbangan ke Casablanca. Transit di Istanbul. Meneruskan penerbangan. Tiba di Casablanca, lawatan ringkas di sekitar bandar Casablanca, termasuk melawat King Hassan II Mosque. Meneruskan perjalanan ke Marrakech. Tiba di Marrakech dan daftar masuk hotel.
Makan malam dan bermalam di Marrakech.

Hari 3: MARRAKECH (SP, MT, MM)
Sarapan pagi. Melawat di sekitar bandar Marrakech dan sekitar Old Medina, Bahia Palace, Masjid Koutoubia dan Tombeaux Saadiens yang merupakan makam kerabat Sultan Ahmad Al- Mansur Saadiens. Makan tengahari. Membeli-belah di Zocos dan Djemaa El Fna Square.
Kembali ke hotel dan makan malam dan bermalam di Marrakech.

Hari 4: MARRAKECH – BENI MELLAL – IFRANE (SP, MT, MM)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel. Bertolak ke Beni Mellal yang merupakan ibu kota Wilayah Tadla-Azilal, yang terletak di kaki Gunung Tassemit. Melawat Ain Asserdoun, sebuah taman indah di Beni Mellal. Makan tengahari. Singgah sebentar di Ifrane untuk menikmati keindahan bandar ‘Swiss of Morocco’.
Meneruskan perjalanan ke Fez. Tiba di Fez dan daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam di Fez.

Hari 5: FEZ (SP, MT, MM)
Sarapan pagi. Melawat sekitar Old Medina of Fez dan berpeluang melihat proses pembuatan barangan tembikar dan barangan kulit. Selain itu, pelancong akan dibawa untuk melawat ke Medrassa Bouinania, Muley Idriss Mausoleum, Bab Boujloud dan Masjid Karaouine. Makan tengah hari. Seterusnya, bersiar-siar di sekitar bandar baru Fez yang lebih moden.
Makan malam dan bermalam di Fez.

Hari 6: FEZ – MEKNES – TANGIER (SP, MT, MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Meknes untuk melawat sekitar bandar Meknes. Melihat Medina, Abou El Hassan Mosque dan Royal Palace. Selepas makan tengah hari, perjalanan akan diteruskan ke Tangier untuk melawat Hercules Cave. Tiba di Tangier dan daftar masuk hotel.
Makan malam dan bermalam di Tangier.

Hari 7: TANGIER – TARIFA – GIBRALTAR – TORREMOLINOS (SP, MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Tangier Harbour untuk menaiki feri ke Tarifa, Spain. Tiba di Tarifa dan bertolak ke Gibraltar dengan menaiki bas. Makan tengah hari. Tiba di Gibraltar, para pelancong akan dibawa untuk melawat St. Michael’s Cave dan melihat pemandangan lautan yang indah. Gibraltar di dalam bahasa Spanish membawa maksud Gunung Tariq, yang di ambil sempena nama seorang tokoh Islam tersohor, iaitu Tariq Bin Ziyad yang mengetuai penaklukan tentera Umayyah di Spain pada tahun 711-718 S. M. Rock Of Gibraltar yang terletak di St. Michaels’s Cave merupakan lokasi Komander Tariq bagi mengukuhkan tenteranya dan titik permulaan bagi penaklukan Islam di Spain.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Torremolinos. Tiba di Terremolinos, para pelancong akan daftar masuk hotel dan bermalam di Torremolinos.

Hari 8: TORREMOLINOS – GRANADA (SP, MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Granada. Makan tengahari. Tiba di Granada, para pelancong akan melawat Alhambra Palace dan Generalife Gardens, iaitu salah satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Granada.

Hari 9: GRANADA – CORDOBA (SP, MT)
Sarapan pagi dan bersiap-siap untuk daftar keluar hotel. Bertolak ke Cordoba. Makan tengahari. Setiba di Cordoba, para pelancong akan melawat Great Mosque of Cordoba atau dikenali sebagai Mezquita yang amat terkenal dengan keunikan seni bina bercirikan Moorish. Selepas itu, para pelancong akan mendaftar masuk hotel dan bermalam di Cordoba.

Hari 10: CORDOBA – TOLEDO – MADRID (SP, MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Toledo. Tiba di Toledo dan makan tengahari. Dibawa melihat panorama bandar Toledo. Selepas itu, melakukan aktiviti bebas seperti membeli cenderamata. Bertolak ke Madrid. Berpeluang membeli-belah barang berjenama di Chic Outlet Las Rozas Village dan meneruskan perjalanan ke Madrid. Tiba di Madrid, daftar masuk hotel dan bermalam di Madrid.

Hari 11: MADRID (SP, MT)
Sarapan pagi. Lawatan di sekitar bandar Madrid untuk bergambar di Santiago Bernabeu Stadium dan Las Ventas Bullring serta melawat ke Royal Palace dan Military Museum. Makan tengahari dan menziarahi Madrid Islamic Centre. Membeli-belah di El Corte Ingles. Selepas itu, kembali ke hotel dan bermalam di Madrid.

Hari 12: MADRID – ISTANBUL (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Berpeluang membeli-belah di Puerta del Sol dan Plaza Mayor. Para pelancong akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 13: ISTANBUL – KUALA LUMPUR
Transit di Istanbul. Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di Kuala Lumpur.

  • Harga boleh berubah disebabkan bayaran tambahan dan lain-lain perubahan yang berkaitan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Caj tambahan akan dikenakan pada waktu tertentu (hujung minggu yang panjang, musim cuti sekolah, hari perayaan).
  • Susunan jadual perjalanan, makanan dan susunan hotel adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Tiada tempahan yang dibuat pada peringkat ini. Tempahan awal diperlukan dan pengesahan tertakluk kepada ketersediaan.
  • Sila semak pakej dengan staf kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penempahan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 03-7831 3740 atau emel kepada letscuti@mkm.my


Jika anda berminat dengan pakej yang disediakan, sila hantar dokumen yang diperlukan seperti berikut;

  1. Deposit 50% dari jumlah inbois diperlukan semasa membuat tempahan.
  2. Sila lampirkan atau emel slip pembayaran selepas membuat pembayaran.
  3. Salinan pasport dan Salinan kad pengenalan (warganegara sahaja) semasa membuat tempahan.
  4. Butiran alamat dan nombor telefon (mudah alih dan pejabat) / alamat emel.
  5. Baki pembayaran hendaklah diselesaikan 60 hari sebelum berlepas.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARIRM9699PER PAX
APR-DIS 2019

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top