fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : 603-7831 3740

Turki

[ratings]

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Visa.
  • Penambahan bagasi.
  • Perkhidmatan porter di lapangan terbang.
  • Penerbangan domestik (tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan).
  • Belon udara panas (230USD).
  • Erciyes (kelengkapan ski : 50USD).
  • Pembelanjaan peribadi.
  • Insuran perjalanan.
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan.
HARGA BERMULA DARI3890PER PAX
FEB 2020 - DEC 2020

*MINIMUM 25 ORANG

Hari 1: ISTANBUL – BURSA (MT, MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan daftar masuk pesawat dan berlepas ke Istanbul, Turki. Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul, anda akan disambut oleh pemandu pelancong untuk memulakan lawatan anda. Kemudian, anda akan dibawa ke Grand Mosque. Setelah selesai melawat di Grand Mosque, anda akan meneruskan perjalanan anda ke Green Mosque dan anda akan menziarahi Makam Sultan Ottoman ke-5, Mehmed I. Masjid ini diberi nama sempena jubinnya yang berwarna hijau kebiruan yang terdapat di dalam masjid tersebut. Selepas itu, anda akan dibawa untuk membeli-belah manisan Turkish Delight. Seterusnya, anda akan dibawa pulang ke hotel untuk mendaftar masuk dan bermalam di Bursa.

Hari 2: KUSADASI – PAMUKKALE (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, perjalanan anda akan bertolak ke Kusadasi untuk melawat Kota Kusadasi yang terkenal dengan peninggalan sejarah. Anda akan dibawa untuk membeli-belah di Kilang Pakaian Kulit yang sangat terkenal di Turki. Kemudian, lawatan anda akan diteruskan dengan melawat Kota Emphesus yang merupakan penempatan pada zaman Yunani dan Rom purba yang telah dibina pada tahun 10 SM. Seterusnya, anda akan dibawa untuk ke Oil Room dan akan bermalam di Pamukkale.

Hari 3: PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat ke Hierapolis. Hierapolis merupakan sebuah penemuan arkeologi yang telah diktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan anda juga akan dibawa melawat ke Cotton Castle yang amat terkenal dengan kolam air panas yang berwarna putih. Selepas itu, anda akan meneruskan perjalanan anda ke Cappadocia melalui Konya dan anda akan berhenti di Melvena Muzium serta bergambar di Sulhantani Caravansarai. Seterusnya, anda akan bermalam di Cappadocia.

Hari 4: CAPPADOCIA (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat ke Cardak Underground City, Esentepe Hill, Pigeon Valley, Camel Rock, Goreme Valley, Bird Valley, Uchisar Valley, Salkim Tepesi. Kemudian, anda akan dibawa melawat ke Turkish Traditional untuk melihat cara pembuatan karpet dan tembikar. Seterusnya, anda akan bermalam di Cappadocia.

Hari 5: CAPPADOCIA – MT ERCIYES – ANKARA (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, anda akan meneruskan perjalanan anda ke Ankara untuk melawat Muzium Ataturk. Di dalam muzium tersebut terdapat beberapa barangan peninggalan Mustafa Kemal Ataturk dan makamnya. Kemudian, anda akan dibawa ke Salt Lake untuk menikmati keindahan tasik yang berwarna putih seperti batu permata. Seterusnya, anda akan bermalam di Ankara.

Hari 6: ANKARA – ISTANBUL (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, perjalanan anda akan diteruskan ke Istanbul. Setelah tiba di Istanbul. Anda akan berpeluang menikmati dan merasai sendiri pengalaman menaiki Bhosporus Cruises dan anda akan menyusuri Selat Bophurus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam. Kemudian, anda akan bermalam di Istanbul.

Hari 7: ISTANBUL (SP, MT, MM)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, anda akan melawat Tokapi Palace, Blue Mosque, Hippodrome. Kemudian, anda akan berhenti bergambar di Hagia Sophia dan akan membeli-belah di Grand Bazzar serta Spice Bazzar. Seterusnya, anda akan bermalam di Istanbul.

Hari 8: ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP, MT)

Setelah selesai sarapan pagi di hotel, anda akan bertolak ke Lapangan Terbang Istanbul untuk pulang ke Malaysia.

  1. Bayaran deposit sebanyak RM1,000 seorang. Pembayaran boleh dibuat menggunakan cek kepada MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd atau secara atas talian ke akaun: Public Bank
    (3815847415).
  2. Sila Kepilkan bukti bayaran, salinan pasport dan salinan kad pengenalan (melalui whatsapp atau e-mel).
  3. Baki pembayaran / pembayaran penuh perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Jika pembayaran anda melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. akan membatalkan tempahan dan wang tidak akan dikembalikan.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARI3890PER PAX
FEB 2020 - DEC 2020

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top