fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740

Uzbekistan

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3.00 out of 5)
Loading...

PAKEJ TERMASUK (INCLUSIONS)

PAKEJ TIDAK TERMASUK (EXCLUSIONS)

  • Caj lebihan bagasi
  • Insuran perjalanan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Makanan dan minuman tambahan
  • Lawatan selain dari jadual perjalanan
  • Tip di Lapangan Terbang dan Hotel
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di atas
HARGA BERMULA DARI6150PER PAX
JUL - DIS 2019

Hari 1: KUALA LUMPUR – TASHKENT (MOB)
Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk pesawat untuk berlepas ke Tashkent.

Hari 2: TASHKENT – BUKHARA (MT,MM)
Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, kita akan disambut oleh Pemandu Pelancong dan dibawa ke Lapangan Terbang Domestik (Toshkent Aeroporti) untuk berlepas ke Bukhara. Setelah tiba di Bukhara, kita akan dibawa untuk sarapan pagi di restoran tempatan. Jelajah bandar: kita akan di bawa melawat Citadel Ark yang merupakan sebuah kubu pada zaman purba abad ke-4. Ianya pernah berfungsi sebagai sebuah Istana untuk beberapa dinasti bagi Empayar Bukhara. Kini, ianya menjadi tarikan utama pelancong di Bukhara sebagai sebuah muzium. Kemudian, kita berpeluang untuk menziarahi Makam Samanids, dan berpeluang melihat sendiri seni bina asalnya yang dibuat pada abad ke-9 hingga ke-10. Lawatan akan diteruskan ke Makam Chashma Ayub di mana kita boleh melihat pameran pengurusan sistem pengairan di Bukhara. Ianya telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, kita akan dibawa melawat Masjid Bolo-Hauz. Kemudian, kita berpeluang untuk melawat dan membeli-belah di sepanjang kubah salah satu madrasah yang paling terkenal di Bukhara iaitu Nodir Divan Begi yang juga merupakan sebahagian dari Lyabi-Khauz Ensemble, pusat sehenti bersejarah yang terkenal di Bukhara.Lawatan pada hari pertama akan berakhir dengan melawat Kompleks Poi Kalon, kita akan dibawa melihat keunikan seni bina Bukhara. Ia terdiri daripada tiga struktur binaan pada abad ke-12 hingga ke-16: Kalon Minaret, Masjid Kalon dan Mir Arab Madrasah. Kita akan dibawa ke hotel untuk berehat.

Hari 3: BUKHARA (SP,MT,MM)
Hari ini, kita akan dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan Bukhara. Dimulakan dengan lawatan ke Kompleks Bahauddin Naqshbandi yang terletak beberapa kilometer dari Bukhara. Bahauddin Naqshbandi sangat terkenal sebagai Tokoh Sufi yang merupakan pengasas Naqshabandi Tariqa. Beliau merupakan salah seorang guru kepada Amir Timur. Beberapa ulama Islam telah mengkritik beberapa aspek ajarannya. Walaubagaimanapun, beliau merupakan individu yang terkenal di Uzbekistan. Kini, kompleks ini terdiri daripada masjid-masjid Kushbegi dan Muzafarohana, halaman yang dihiasi dengan kolam renang, madrasah, tapak pengebumian raja-raja Bukhara serta makam Sheikh Bahauddin Naqshbandi.
Kemudian, kita akan dibawa ke Kampung Sumiton untuk melawat Kompleks Peringatan Chor Bakr. Kompleks ini melambangkan empat sisi bumi dan menafsirkan kesamarataan semua orang. Pembinaan kompleks ini bermula semasa pemerintahan Samanids hingga abad ke-16. Selepas lawatan pada hari ini, kita akan dibawa pulang dan bermalam di hotel.

Hari 4: BUKHARA – GIJDUVAN – SAMARKAND (SP,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, kita akan mulakan perjalanan ke Samarkand. Kita akan singgah di Kampung Gijduvan untuk melawat pusat pembuatan tembikar yang terkenal. Kemahiran di pusat pembuatan tembikar ini telah diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini Gizhduvan merupakan sebuah rumah bagi generasi pembuat tembikar yang keenam dari keluarga Narzullayevs yang merupakan pengasas pusat tembikar Gijduvan yang terkenal. Karya tembikar di pusat pembuatan tembikar Gijduvan ini dapat dibezakan dengan corak geometrinya. Warna hijau dan biru digunakan dalam hiasan tembikar yang dihasilkan. Dalam perjalanan, kita akan menziarahi Kompleks Peringatan Imam Al-Bukhari. Al-Bukhari merupakan seorang ulama Islam, yang mengarang koleksi hadis yang dikenali sebagai Sahih Al-Bukhari, dianggap oleh umat Islam Sunni sebagai salah satu koleksi Hadis yang paling sahih. Di kompleks ini, terdapat masjid, makam, kedai-kedai cenderamata dan sebuah Pusat Pendidikan Dorus Hadis yang didedikasikan untuk mengkaji hadis. Makam Imam Al-Bukhari terletak di bahagian tengah kompleks yang menjadi struktur utama di seluruh kompleks ini. Bahagian makam ini dihiasi dengan batu marmar dan granit yang ditutupi dengan kubah setinggi 17 meter. Selepas itu, kita akan meneruskan perjalanan ke Samarkand dan bermalam di hotel.

Hari 5: SAMARKAND (SP,MT,MM)
Samarkand terletak di lembah sungai Zerafshan. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Uzbekistan dan usianya sama dengan Kota Babylon/Rom. Hari ini, kita akan dibawa melawat tempat yang paling luar biasa seperti Registan Square, Shah-i-Zinda, Gur-e-Amir dan Masjid Bibi Khanum. Registan Square merupakan sebuah dataran yang terdiri dari tiga buah kompleks madrasah (Ulugh Beg Madrasah, Tilya-Kori Madrasah dan Sher-Dor Madrasah) yang dibina pada abad ke-15 hingga ke-17. Lokasi ini merupakan tarikan utama di Samarkand. Keindahan dan keagungannya terus dikagumi sehingga kini. Kompleks Shah-i-Zinda memperlihatkan seni bina asal Makam Kusam Ibn Abbas, sepupu kepada Rasulullah yang telah membawa Islam ke Uzbekistan. Kompleks ini, didirikan pada abad ke-11 hingga ke-19 yang juga telah diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Gur-e-Amir atau Guri Amir menempatkan Makam Amir Timur yang dikenali sebagai Tamerlane atau Penakluk Asia Timur. Bangunan ini menjadi tempat yang penting dalam sejarah seni bina Persia-Mongolia. Masjid Bibi-Khanym merupakan salah satu monumen yang paling penting di Samarkand. Pada abad ke-15, ia adalah salah satu masjid terbesar dan paling megah di dunia. Menjelang pertengahan abad ke-20, masjid ini telah dilanda kehancuran, namun sebahagian besar masih terselamat. Selepas lawatan pada hari ini, kita akan pulang dan bermalam di hotel.

Hari 6: SAMARKAND – TASHKENT (SP,MT,MM)
Hari ini, kita akan terus dibawa meneroka kota Samarkand. Kita akan melawat Ulugh Beg Observatory yang dibina pada abad ke-15 oleh Ulughbek, salah seorang ahli astronomi yang terkenal di Samarkand. Malangnya, dia telah dibunuh atas perintah anaknya sendiri. Tempat ini pernah musnah pada tahun 1449 dan dipulihkan semula pada tahun 1908. Selepas itu, kita akan dibawa ke National Bazaar Siab dan Bazar Oriental untuk membeli-belah cenderamata, pelbagai jenis teh dan herba, produk tradisional buatan tangan serta manisan tradisional. Kita juga akan dibawa ke Galeri Permaidani Tradisional. Di sini, kita dapat melihat sendiri proses pembuatan permaidani yang yang unik. Ianya dibuat menggunakan tangan, lebih daripada 400 wanita bekerja menjahit permaidani menggunakan teknik tradisional ini. Disebelah petang, perjalanan akan diteruskan ke Tashkent. Selepas makan malam kita akan dibawa ke hotel untuk berehat.

Hari 7: TASHKENT (SP,MT,MM)
Hari ini, kita akan meluangkan masa dengan melawat dan bersiar-siar di kota Tashkent. Kita akan dibawa melawat ke Dataran Kemerdekaan Uzbekistan yang merupakan dataran utama di negara ini. Kita juga berpeluang untuk berjalan dan bergambar kenangan di Dataran Amir Timur. Kita akan dibawa menaiki Metro Tashkent yang terkenal sebagai stesen bawah tanah yang paling cantik di dunia. Setiap stesennya, mempunya seni bina yang berbeza dan pasti akan memukau setiap pelancong. Laluan pertama telah dibuka pada tahun 1977. Kemudian, kita akan dibawa melawat kota lama bandar yang termasuk: Chorsu Bazaar, Madrasah Kukaldash dan Kompleks Khast-Imam yang terdiri daripada beberapa madrasah, masjid dan makam. Kemuncak lawatan ke Kompleks Khast-Imam adalah untuk melihat pameran Othman Quran yang merupakan salinan Quran tertua di dunia. Quran ini adalah milik Othman Ibn Affan, Khalifah Ketiga (dari empat khalifah yang benar yang menggantikan Nabi Muhammad). Othman telah dibunuh oleh orang bukan Islam pada abad ke-8. Percikan darahnya masih boleh dilihat di halaman Al-Quran tersebut.

  1. Deposit minimum RM500 setiap seorang semasa membuat tempahan.
  2. Sila lampirkan bukti pembayaran, salinan pasport dan salinan kad pengenalan bagi warganegara (whatsapp atau email).
  3. Baki atau bayaran penuh hendaklah dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas. Sekiranya bayaran penuh tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, pihak MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak membatalkan tempahan dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan.
[]
1 Step 1
Nama Penuh
No. Telefon
Jumlah Pax
Tarikh dirancang
date_range
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
HARGA BERMULA DARI6150PER PAX
JUL - DIS 2019

Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top