Latar belakang

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.

MKM Ticketing Travel & Tours menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya seperti ABACUS di mana melalui penggunaan sistem ini, semua tempahan khususnya tiket penerbangan domestik mahupun ke luar negara dapat dilakukan dengan segera dan mudah. 

MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.

Visi

Visi MKM adalah untuk menjadi sebuah syarikat agensi pelancongan yang bereputasi tinggi dan dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa. 

Misi

Misi MKM adalah untuk sentiasa berkhidmat kepada pelanggan dengan jujur dan amanah serta profesional. Kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian kami akan memenuhi objektif-objektif berikut;

Sijil, Perlesenan & Pencapaian

Selangor

Perlis

Perak

Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. Lesen Haji (PJH14-1440H) Lesen Umrah (KPK/LKU0088). All Rights Reserved 2023

Back To Top
WHATSAPP SEKARANG
1
Perlukan bantuan?
Scan the code
Salam, berminat dengan pakej Umrah MKM?