MKM Ticketing Travel & Tours

Tip Ringkas Tapi Berguna Untuk Jemaah Umrah Kali Pertama.

Menunaikan Umrah buat pertama kali memang pengalaman yang cukup mendebarkan tapi dalam masa yang sama, sangat dinanti-nantikan. Dalam hati ada rasa syukur yang tak terkata, teruja nak jejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun tak dinafikan, ada juga rasa risau dan takut. Boleh ke aku urus semua nanti? Cukup ke persediaan aku?

Sebenarnya, perasaan macam ni memang normal. Sebab Umrah bukan sekadar ibadah tapi ia juga satu perjalanan jauh yang datang dengan rutin harian yang berbeza, suasana yang asing, dan cabaran yang kita mungkin tak pernah alami sebelum ni. Sebab tu, persiapan awal sangat penting. Bila perkara asas dah diurus dari awal, kita boleh kurangkan tekanan dan beri lebih ruang untuk fokus sepenuhnya pada ibadah.

Untuk anda yang bakal ke Tanah Suci buat pertama kali, kami kongsikan  5 Tips Mudah yang sangat membantu perjalanan anda nanti jadi lebih tersusun, lebih tenang dan insya-Allah, lebih bermakna.

1. Simpan dokumen penting dalam satu tempat yang selamat
Masa nak berangkat atau baru sampai di lapangan terbang, antara benda paling penting ialah dokumen seperti passport, visa, tiket, kad vaksin, salinan tempahan hotel. Jangan campur aduk semua dalam beg besar. Gunakan fail khas atau pouch kecil yang boleh dibawa ke mana-mana. Bila semua dokumen penting tersusun, urusan imigresen dan check-in akan jadi jauh lebih lancar dan kurang stres.

2. Gunakan kasut atau selipar yang selesa dari awal
Perkara lain yang ramai orang terlepas pandang ialah kasut. Jangan tunggu saat akhir baru fikir nak pakai apa. Di Tanah Suci, kita akan banyak berjalan, dari hotel ke masjid, semasa tawaf dan saie, dan juga ketika aktiviti ziarah.  Jadi pastikan kasut atau selipar yang dipakai mesti selesa, ringan, dan tahan lama. Elakkan pakai kasut baru sebab risau kaki melecet dan  mengganggu perjalanan ibadah anda. Jangan lupa untuk bawa juga beg plastik kecil untuk simpan kasut semasa di dalam masjid.

3. Bawa beg sandang kecil untuk barang harian
Untuk memudahkan pergerakan, terutamanya di kawasan masjid, bawa beg sandang kecil yang ringan sahaja. Tak perlu yang besar, cukup sekadar muat untuk isi barang asas seperti air mineral, tisu, ubat ringan, atau mungkin sedikit makanan kering. Suasana dekat sana sangat padat, jadi beg yang kecil dan praktikal lebih mudah dibawa ke mana-mana.

4. Jaga kesihatan, jaga tenaga
Ramai yang terlalu fokus pada persiapan pakaian dan barang sahaja, sampai terlupa badan sendiri perlukan tenaga untuk melalui rutin harian di sana. Cuaca di Mekah dan Madinah sangat kering dan panas tak sama macam negara kita, jadi  amalkan pemakanan yang sihat, minum air secukupnya, dan jika perlu ambil vitamin yang sesuai. Paling utama pastikan anda cukup tidur sebelum dan semasa di sana. Insya-Allah bila badan sihat, ibadah pun lebih tenang.

5. Salin & simpan nombor mutawwif atau rakan sebilik
Satu lagi perkara yang ramai anggap remeh tapi sebenarnya penting ialah menyimpan nombor telefon mutawwif dan rakan sebilik. Dalam keadaan asing, bila berlaku kecemasan atau kita tersesat, nombor-nombor ini boleh jadi penyelamat. Bukan sahaja simpan dalam telefon, tapi  kena tulis juga di atas kertas dan simpan dalam poket atau dompet, untuk elak dari masalah yang tak dinginni disana nanti

Umrah adalah pengalaman yang sangat berharga buat setiap umat Islam. Ia bukan sekadar perjalanan fizikal, tapi juga satu perjalanan jiwa yang akan kekal dalam ingatan seumur hidup. Bila kita buat persediaan awal dengan betul, hati jadi lebih tenang, ibadah pun lebih khusyuk.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Signup for our newsletter to get updated information, promotion & Insight
Download APP sekarang
Special Offer
Book now and let us guide you on a spiritual Journey
Get PROMO