skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : 603-7831 3740
TIPS UNTUK MERANCANG PERCUTIAN DENGAN BIJAK

TIPS UNTUK MERANCANG PERCUTIAN DENGAN BIJAK

ASSALAMUALAIKUM GUYSSSS  ADAKAH ANDA SEDANG MERANCANG UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA 🧐? TETAPI KHUATIR DENGAN CARA MENANGANI MASALAH KEWANGAN 😪. HARINI ADMIN SHAREKAN TIPS UNTUK MERANCANG PERCUTIAN DENGAN BIJAK 🤓🤑

TUKAR DUIT ATAU MATAWANG ASING SEBELUM BERLEPAS 💱💱
• Adalah dinasihatkan tukar duit seminggu sebelum berlepas dan jangan tukar di lapangan terbang kerana tukaran mata wang disitu lebih mahal.
• Selalu cek harga matawang negara yang ingin pergi, kalau rasa berpatutan dan murah, baik cepat-cepat pergi ke pengurup wang berlesen.
• Elakkan menukar wang di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih sikit.

KAD ATM 🏧 💳
• Aktifkan kad ATM untuk transaksi international. Jangan khuatir atau bimbang if tidak cukup duit kat sana, macam biasa boleh keluarkan duit dari ATM asalkan kad atm tu aktif untuk transaksi international.
• Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai persediaan. Kalau salah satu kad tak dapat digunakan atas masalah teknikal, maka ada kad lain sebagai pengganti sedikit.

PERUNTUKAN KECEMASAN 💰💰
• Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan.
• Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital.
• Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

MENABUNG 💵 🧧
• Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti.
• Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin.
• Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Back To Top
WHATSAPP SEKARANG
1
Perlukan bantuan?
Scan the code
Salam, berminat dengan pakej Umrah MKM?