
5 Tips Keselamatan Umrah Untuk Wanita
1) Ketika tawaf:
a) Memakai seluar dalam jubah dan lebih selesa memakai apabila anda memakai tight dari jenis cotton.
b) Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jika anda hanya memakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.
2) Ketika Sa’ie
Sama seperti tawaf; iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak.
3) Pakai Niqab
Selain untuk mengelakkan diri daripada diganggu, niqab juga membantu melindungi wajah ketika panas terik dan juga ketika ribut pasir (adakala ia berlaku)
4) Pakaian
a) Untuk jubah, tidak perlu membawa banyak,anda juga boleh membawa dalam 4-5 helai jubah. Anda juga boleh membasuh sendiri (boleh beli sabun di sana) atau hantar ke laundry service di hotel (biasanya ada servis ni di setiap hotel).
b) disana juga,anda boleh memakai blouse labuh dengan skirt dan memakai baju kurung.( sopan dan tidak mengikut bentuk badan )
c) Membawa mini telekung,di sana anda boleh memakai mini telekung siap-siap dari hotel ke masjid dan jadi lebih mudah untuk pakai telekung sahaja tanpa kainnya.
5) Isu Tandas
Di Mekah, tandas memang agak jauh dari tempat solat. Kalau anda tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama, terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat.