MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan berlesen yang diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad dengan syer, dengan modal pemulaan sebanyak RM 2,000,000.00.
MKM Ticketing Travel & Tours menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya seperti ABACUS, di mana semua tempahan, terutamanya tiket penerbangan domestik dan antarabangsa, boleh dibuat dengan cepat dan mudah.
MKM Ticketing Travel & Tours juga merupakan salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi untuk menguruskan visa Umrah, serta memegang Lesen Haji daripada Tabung Haji sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah haji Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours mampu memenuhi segala permintaan pasaran dan keperluan pelanggan, terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej pelancongan dan banyak lagi. Sebagai sebuah syarikat 100% milik Bumiputera, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan maju pada masa hadapan, khususnya dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah.
Visi MKM adalah untuk menjadi sebuah syarikat agensi pelancongan yang bereputasi tinggi dan dipercayai, serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Misi MKM adalah untuk sentiasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kejujuran, amanah, dan profesionalisme. Kami terus berusaha untuk mencapai matlamat dan aspirasi syarikat, dengan harapan agar prestasi serta pencapaian kami sentiasa selari dengan objektif tersebut.
Jom semak tarikh perjalanan terkini, harga, dan kekosongan slot dengan perunding kami hari ini.