Penafian Rasmi: Isu Larangan Visa Pelancong untuk Umrah
Kami ingin menjelaskan bahawa tiada pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi yang menyatakan larangan penggunaan visa pelancong bagi menunaikan ibadah Umrah setakat ini.
Maklumat yang tersebar melalui beberapa hantaran media sosial baru-baru ini adalah tidak disahkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Untuk maklumat sahih, jemaah dinasihatkan merujuk kepada:
1. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
2. Portal rasmi NUSUK (www.nusuk.sa)
3. Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur
4. Kenyataan rasmi Kementerian Haji dan Umrah melalui pautan ini (https://x.com/HajMinistry/status/1974907383152599471?s=09)
5. Kenyataan akhbar dari Astro Awani (https://www.facebook.com/share/178zM5Kzac/?mibextid=wwXIfr)
Kami menasihatkan para jemaah agar tidak panik dan sentiasa mengikuti saluran rasmi sebelum membuat sebarang perubahan kepada rancangan Umrah anda.