fbpx
skip to Main Content
Selamat datang ke laman web rasmi MKM Ticketing, Travel & Tours | "Butik Travel Paling Best!" | Talian Hotline MKM : +603-7831 3740
Tatacara Pengurusan Jenazah

Tatacara Pengurusan Jenazah

PENGURUSAN JENAZAH (jika berlaku kematian di MAKKAH @ MADINAH)

Jika berlaku kematian di kalangan jemaah sama ada kematian berlaku di hotel / masjid @ hospital. Perkara yang perlu dilakukan seperti berikut :-

1. Maklumkan kepada petugas MKM yang berada di mekkah @ madinah untuk tindakan selanjutnya.

2. “Leader”, petugas MKM akan memaklumkan kematian jemaah kepada pihak muasasah untuk mendapatkan surat kematian dari pihak hospital. (jika jemaah meninggal dunia di hotel atau masjid hubungi hospital dan pegawai polis untuk pengesahan kematian)

3. Surat kematian akan dikeluarkan selepas tempoh 2 – 4 jam selepas pesakit disahkan meninggal dunia di hospital. (jika kematian di luar hospital, proses lebih lama kerana perlu mendapatkan surat pengesahan polis terlebih dahulu sebelum surat kematian dikeluarkan.

4. Dokumen mengenai kematian jemaah perlu dihantar di KONSULAT MALAYSIA di JEDDAH untuk mendapatkan keizinan pengebumian.

5. Dokumen yang perlu dibawa ke konsulat Malaysia di Jeddah seperti berikut ;-

•      Surat Tabligh Wafah dari Hospital
•      Surat makluman dari muasasah
•      Passport asal jemaah
•      Passport asal waris
•      Surat pengesahan izin pengebumian oleh waris yang diisi oleh wakil MKM.
•      Surat polis masjid ( jika jemaah meninggal di Masjidil Haram)

6.  Setelah mendapat surat kebenaran dari konsulat Malaysia, pulang ke hospital untuk tuntukan jenazah.

7.  Pihak hospital akan diiringi oleh petugas, waris ke tempat pemandian jenazah untuk proses berikutnya.

8.  Catat no katil dan no van jenazah untuk dimaklumkan kepada pegawai untuk proses seterusnya.

9.  Jenazah akan dibawa ke masjidil haram atau masjid nabawi 1-30 minit sebelum masuk waktu solat/ azan.

10. Jenazah akan di bawa ke tanah perkuburan Al-Syaro’I. SILA CATAT no kubur.

11. Selesai proses pengebumian, seterusnya proses mendapatkan sijil kematian (shahadah Wafah) melalui muasasah. Kebiasaanya sijil kematian akan dapat dalam tempoh 14 – 30 hari.

12. Selepas dapat sijil kematian, dokumen dihantar ke konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan di terjemahkan. Dan proses ini sangat penting kerana ia menjadikan dokumen sahlaku ditanah air untuk proses di Malaysia.

Di Madinah :- prosedur yang sama seperti di makkah kecuali urusan dokumen tidak perlu ke Jeddah. Hanya perlu di pejabat muasasah di madinah. Jenazah akan dikuburkan di perkuburan al-Baqi bersebelahan Masjid Nabawi.


Talian Hotline MKM:
+603-7831 3740


Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages


Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. All Rights Reserved. | "Butik Travel Paling Best!". fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top