Tips Membawa Bayi Memasuki Masjid Nabawi

Tips Membawa Bayi memasuki Masjid Nabawi

  1. Duduk di ruangan khas wanita dan kanak-kanak.
    Elakkan anak anda jadi perhatian jemaah lain kerana terdapat umat dari seluruh pelusuk dunia, berbagai bangsa pelbagai negara kerana kebanyakan mereka tiada sensitiviti. Ada yang batuk, selsema dan ada yang ingin mencium bayi anda.
  2. Bekas botol susu yang tertutup.
    Tutup botol susu dengan kain untuk elakkan menjadi perhatian jemaah lain. Orang kat sana akan pandang lain macam kalau nampak bayi minum susu atau menangis dan akan ada yang ingin mendukung bayi anda.
  3. Solat sambil mendukung bayi.
    Ibu bapa perlu belajar cara untuk solat sambil mendukung bayi jika bayi menangis berpanjangan.
  4. Bersihkan bayi sebelum ke masjid.
    Tukar pampers dan baju bayi yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti. Jangan lupa bawa lampin yang kalis air dan ringan.
  5. Datang awal ke masjid.
    Digalakkan datang awal untuk dapat tempat yang strategik seperti di tepi dinding dan tiang. Jadi boleh letak bayi di tepi dinding.

Selangor

Perlis

Perak

Copyright © MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. Lesen Haji (PJH14-1440H) Lesen Umrah (KPK/LKU0088). All Rights Reserved 2023

Back To Top
WHATSAPP SEKARANG
1
Perlukan bantuan?
Scan the code
Salam, berminat dengan pakej Umrah MKM?