MKM Ticketing Travel & Tours

Umrah DIY — Jimat Ke, Jerat?

Tak dinafikan, sekarang ni memang ramai yang mula cenderung ke arah Umrah DIY, sebab pada zahirnya, kos nampak lebih murah. Lagi-lagi bila tengok ada orang kongsi pengalaman sendiri, urus tiket, tempah hotel, mohon visa tanpa agensi semuanya nampak mudah.

Tapi bila sebut tentang Umrah, kita tak boleh nilai dari sudut ‘mudah’ atau ‘murah’ semata-mata. Umrah bukan macam bercuti ke luar negara. Ia ibadah. Dan bila melibatkan ibadah, ada banyak perkara yang perlukan perhatian, bukan hanya sekadar cari tempat tidur atau tempat makan jer.

Realiti Umrah DIY, Tak Semudah Yang Disangka

Masa merancang dari rumah, semuanya nampak mudah. Tapi bila kaki dah jejak Tanah Suci, barulah realitinya terasa. Ambil contoh paling asas iaitu urusan visa. Nampak macam senang isi sendiri, tapi bila mula, baru sedar betapa banyak dokumen dan syarat yang perlu dipenuhi. Silap sedikit, permohonan boleh ditolak. Kalau lambat hantar, memang boleh terlepas. Penginapan pun satu hal, bila musim puncak, hotel sekitar Masjidil Haram atau Masjid Nabawi cepat sangat penuh. Yang tinggal pun biasanya jauh, bila jauh terpaksalah berjalan kaki setiap hari dah la cuaca panas dekat sana tak sama dengan negara kita.

Bila sendiri urusan ibadah pun tak semudah disangka. Tanpa mutawwif, ramai yang keliru dengan rukun dan sunat Umrah. Kalau tertinggal rukun, ibadah boleh jadi tak sah ya sebab tu tak boleh ambil mudah. Lagi satu andai berlaku kecemasan tiba-tiba sakit, barang hilang atau pun tersesat, semuanya perlu diurus sendiri.

Jadi, persoalannya, betul ke Umrah DIY benar-benar jimat? Atau sebenarnya kita dah terjebak dalam jerat yang kita tak nampak dari awal?

Umrah dengan agensi, bukan soal “tak boleh buat sendiri” tapi lebih kepada “kenapa perlu susahkan diri?”

Bila pergi Umrah dengan agensi bertauliah, semuanya dah sedia dari A sampai Z, bermula dengan pengurusan visa, tiket, penginapan, pengangkutan, makan, bimbingan ibadah, semua dah diurus.Kita hanya perlu fokus, tenangkan hati dan ibadah dengan lapang dada. Tanpa perlu risau Umrah terbatal sebab dah ada Mutawwif yang akan bimbing.

Kadang-kadang kita rasa, bayar lebih sikit tu rugi. Tapi sebenarnya, itulah pelaburan yang bantu jaga emosi, fizikal, dan paling penting kualiti ibadah kita terjamin.

Kami tak kata Umrah DIY ni salah. Umrah DIY sangat sesuai untuk orang yang dah biasa pergi Umrah dan fasih bahasa Arab. Tapi untuk kebanyakan jemaah, terutama yang pertama kali nk pergi Umrah percayalah dengan bantuan dari agensi yang berdaftar boleh pastikan umrah lebih teratur dan mudah.

Jangan kejar murah, sampai hilang makna.
Jangan kejar bebas, sampai hilang arah.

Ingat, bila sampai Tanah Suci, yang kita cari bukan gambar cantik atau bajet rendah. Yang kita nak adalah hati yang tenang, ibadah yang terjaga, dan pengalaman yang meninggalkan kesan bermakna dalam hidup.

Dengan MKM, kami jaga perjalanan anda dari awal sampai akhir , supaya setiap langkah ke Baitullah, penuh makna dan berkat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Signup for our newsletter to get updated information, promotion & Insight
Download APP sekarang
Special Offer
Book now and let us guide you on a spiritual Journey
Get PROMO